Tuesday, December 6, 2011

Suratan takdir...

Walaupun natijahnya, aku yang dikhianati...
Walaupun berbuat baik pada umat manusia,
natijahnya aku yang menjadi mangsa.
Walaupun telah banyak orang yang pergi.
aku tetap reda dengan qada dan qadarNya.
Walaupun, kau pergi untuk mencintai dia,
dan aku tetap menerima seadanya,
natijahnya aku yang terluka.
Aku masih sanggup menelan setiap apa yang berlaku.
Aku telan semuanya walaupun hingga ke akhir hayat aku yang terluka.
Aku sanggup jika dengan berbuat sedemikian dapat menyelamatkan keadaan.
Walaupun tidak ada walau sebesar hama sekalipun kasih untukku,
Aku sanggup menelan semua itu.
Maafkan aku kerana lemah.
Dan jika telah tersurat yang ikatan ini berakhir sebelum ianya bermula.
Aku memohon kehadrat Ilahi agar
menutup serapat-rapatnya pintu hatiku untukmu.
Maafkan aku kerana tidak dapat melepaskanmu.









Photobucket